• Facebook Lite untuk menjimatkan data

    Sekiranya anda seorang pengguna Facebook yang tegar dan mahu mengurangkan penggunaan data Internet, anda boleh mencuba aplikasi Facebook Lite. Aplikasi yang dihasilkan oleh Facebook sendiri ini mampu digunakan tanpa masalah walaupun ketika anda menggunakan rangkaian 2G.
     
    Cepat Untuk Dimuat Turun
     
    Aplikasi Facebook Lite ini memiliki saiz yang kecil dan cepat dimuat turun dan tidak menggunakan ruangan storan yang banyak. Sesuai untuk telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang rendah.
     
     
    Sesuai Untuk Semua Telefon Pintar Android
     
    Facebook Lite juga sesuai untuk digunakan pada hampir ke semua telefon pintar Android yang baru mahupun yang lama. Dari segi fungsi, aplikasi ini mempunyai semua fungsi seperti aplikasi Facebook biasa. Bagi menjimatkan data, video dan gif tidak dimainkan secara automatik.
     
    Secara keseluruhan, Facebook Lite kelihatan seperti Facebook versi web suatu ketika dahulu dan ia amat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai pelan data yang banyak dan saiz storan dalam telefon pintar yang sikit.
     
     
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain