• Pengenalan sistem Buddy di Pokemon Go

    Kemaskini terbaru Pokemon Go hari ini telah memperkenalkan sistem Buddy. Sistem terbaru ini membolehkan pengguna memilih Pokemon untuk dijadikan teman anda. Kelebihannya, anda akan dapat mengumpul Candy tambahan setiap kali anda bergerak. Konsepnya sama seperti untuk menetaskan telur Pokemon.
     
     
    Walau bagaimanapun, Pokemon yang dijadikan Buddy tidak boleh diperlawankan di Gym. Setiap Pokemon juga memerlukan jarak perjalanan yang berlainan untuk membolehkan anda mendapat sebuah Candy. Contohnya, anda perlu berjalan sebanyak 3 KM bagi mendapatkan Candy Charmendar manakala 5 KM pula diperlukan bagi Candy Dratini.
     
    Sistem Buddy sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan Candy bagi Pokemon yang jarang ditemui dan sudah pasti ini akan memudahkan proses naik level dan evolusi Pokemon tersebut.
     
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain