Google perkenalkan laman Election untuk Pilihanraya Malaysia 2013

Google perkenalkan laman Election untuk Pilihanraya Malaysia 2013

29 Mac 2013 – Nampaknya bahang pilihanraya umum 2013 semakin terasa dari hari ke hari. Terkini, bersempena dengan demam pilihanraya di Malaysia, terbaru Google telah memperkenalkan perubahan kepada pengundi tentang Google Election untuk negara kita. Dengan adanya laman web sebegini, anda boleh mendapatkan informasi terkini berkaitan pilihanraya, parti politik serta proses penamaan calon dengan pantas dan mudah. Informasi terkini seperti berita, video serta statistik pencarian berkaitan parti politik boleh didapati di laman ini.

Kebanyakkan video-video ini diambil daripada laman Youtube serta beberapa video Google Hangout yang dilakukan bersama pemimpin-pemimpin parti. Kebanyakkan informasi sebenarnya diambil daripada laman blog dan akhbar tempat seperti The Star Online, PerlembagaanKu dan UndiMalaysia.

Contoh

Buat masa ini, hanya 6 parti politik utama di Malaysia sahaja yang di tempatkan di dalam laman web ini termasuklah Barisan Nasional, UMNO, MCA, Keadilan, MIC, PAS, dan DAP. Sudah pasti Google Election Malaysia akan memudahkan kita untuk mendapatkan informasi dengan pantas kerana ia mengumpulkan berita-berita plihanraya di Internat ke dalam satu laman.

Share this post